Saturday, December 10, 2011

Trip Zoom Borneo 2011 bersama Member Pembimbing Rakan Siswa PMU dan Wakil Jabatan.

Photobucket

wah wah wah. punya berhari hari aku upload ni semua, baru je terupload kat web ni. yang penting nya bila nak post. btw, sangat-sangat-sangat best. apa yang best??

Hari Ahad hari tu aku dan kazen aku, Cik Nong Sygg. mulakan trip dari Lawas ke Miri, sebab kitorang ada program yang tertunda. yang sepatutnya diadakan selepas je final exam. tapi apakan daya. kami di tanggung elaun perjalanan akibat terpaksa ditunda tarikh nya. hehehe. kami pun on je. sebab kami yang terpilih alhamdulillah, semua geng satu kepala. yelahh, semua memang dah macam family. gila aku tak sayang dorang ni. memang macam adik beradik aku dah. dan alhamdulillah, akhirnya kami sampai di Miri dengan selamat dan kami disambut dengan bahagia oleh Erniati dengan Natijah. wasseh. bahagia gitu. *bajets hot!

tapi kami di inform, mereka mereka yang bertolak dari Mukah, Selangau dan Bintulu. terpaksa jadik ikan masin seketika. bukan seketika tau, lama dorang tunggu. dari pukul 12 lebih, sampaiiiiiila pukul 2 pagi esoknya, tunggu bas lain dari PMU. ohh, kesiannya. kami yang memang dah kat Miri pun terfikir-fikir macam mana lah dorang kat sana. kami kat sini pun kesian gak. sebab apa, makan nasik pun tak lagi tau menjelang malam tu. kesian tul. yelahh. memang macam tu, benda yang dirancang kadang kadang takkan mengalir ikut apa yang dirancang. tapi sambil tunggu tu kitorang enjoy. tak tahu nak wat apa. belum check in lagi kan kat Kampung Sukan. so, kamu, main Bowlinggg, masuk Kbox. karoke sampai tak hengat dunia. then, kami gerak pegi Kampung Sukan Petronas.

esoknya, dalam pukul 6 pagi baru dorang sampai. kesian dorang, kena bersiap terus dan teruskan lagi perjalanan yang memang dalam perancangan ke Brunei Darussalam. tentatif memang banyak berubah. tapi kami semua terpaksa redha dan tetap happy. Elaun makan pun alhamdulillah, memang buat kami kenyang. hahaha. okehh. selepas tu kami terussss bertolak ke Brunei. dan yang lain nya. aku cer describe gambar yang aku edit. 

MEMANG ENTRY KALI NI BANYAK GAMBAR. NI PUN DAH KIRA OKAY. AKU EDIT. KALAU TAK EDIT. MAMPUIH BANYAK GILER KOT AKU UPLOAD. HAHA.



haa, ni memang sebahagian dari gambar yang mana kami kat sempadan. cop pasport itu ini. haha. hari pertama tu kitorang guna baju formal sebab ada lawatan kat Universiti Brunei Darussalam. wasseh, memang best giler.



apa yang best tentang UBD?seriously, memang luas wo. then, kitorang pun disambut dengan meriah. macam macam  sesi yang diberikan. latan sana sini. mak oii, speaking kot dorang. aku pucat muka. sebab tak lah fasih orang kata I'm From London. taklah macam tu, sekadar yang mampu. masih terkial kial lagi. tapi best bergaul dengan dorang semua. memang best lah yang penting. then, PMU dah ukir nama dah kat radio kat sana. then masuk pulak tu dalam newspaper dorang. gila ko tak bangga. cehh!

sempat jugak kitorang jumpa sweet Cuzzy kitorang. esok pun jumpa lagi. ada wedding kazen kat Lawas nih.



haaa, lepas tu kitorang dibawa ke hostel lama dorang. seriously. privacy. bilik seorang satu. best wo, selesa gila. ada dining room, living room setiap aras. line wireless pulak sangat best. tapi terletak kat bilik tertentu. so, aku tak bawak lappy aku. cuma bawa harddisk untuk simpan semua gambar. aku online je guna handphone buruk aku. hahahaha.

yang best nyaa. malam tu kitorang keluar lagi. memang pusing Brunei laa. ada guidance jugak kat sana. Haji Firdaus. Student Nursing UBD. hehe. memang best giler malam tu, terlompat sana-sini. 



tengok tengok, muka happy, lompat sana-sini. memang sangat best kot. kami memang  dah macam satu keluarga. adik beradik macam tu. aku memang enjoy dengan diorang ni. sekiranya aku diberi peluang dengan dorang ni sekali lagi. memang aku nak. sangat sangat best!



tak puas malam, esoknya kitorang jalan jalan lagi kat The Mall. adohhh, aku belanja sakan. boleh macam tu??



haaa, yang ni semuanya gambar kenangan kat Bangunan Alat Kebesaran Diraja Brunei Darussalam. sumpah, barang kat dalam dia memang antik. ada yang replika dia memang dibuat daripada emas. tapi malangnya tak boleh nak  ambik gambar kat bahagian atas. bawah je. tapi ada pulak kes kat bawa tu. makcik guard dia yang salah faham ngan kitorang. arghhh! malas nak cerita lah. yang penting, aku boleh ingat lagi ayat dia.

'' INDA BULEHH CEMATU EHH''



esoknyaa??



kitorang buat lawatan ke Kolej Komuniti Miri. masih baru lagi. student pun masih 13 orang. btw, memang best jugak. aku tak makan hidangan diorang. btw, member cakap. makanan yang diorang masak memang sedap giler.



Lpas tu kitorang teruskan perjalanan kat Rumah Amal Kesayangan Kami. 1st kitorang ingat tu rumah anak yatim je. rupanya rumah amal untuk anak anak yang parents dorang tak mampu. tapi alhamdulillah, banyak jugak budak budak dekat situ. yang best nya. dorang semua memang happy.



ada sukaneka kat situ bersama budak budak. yang penting kaki aku memang sakit. muscle pecah kot. sakit oiii. tapi memang enjoy. kumpulan kitorang Sii Sayang, Matun dan Haziati dan budak budak bersama kami memang. budak budak semua bersorak. bahagianya diorang. 



popular kitorang oii. nyanyi lagu Gemilang dan Hampir ke situ depan budak budak semua. nampak sangat bersatu hati masa tu. best laaaa. :) lepas tu, ada 3 orang wakil kat situ kasi persembahan jugak. Tarian Sufi. lagu dari Mawaddah. memang best laa. ada talent la budak budak kat sana.



haaa, malam tu kitorang pusing pusing Bandar Miri pulak. sangat best. sebab dengan family besar PRSP jugak. sebenarnya malam tu kitorang nak main Bowlig. tapi full book. maybe dorang ada tournament malam tu. sampai lewat malam kitorang jalan jalan. lepas tu dorang hantar kami berempat pergi inn. esok kan dah bertolak balik. memang sedih giler oii. yelahh. nanti bila lagi dapat jumpa dorang nih. ada yang dah last sem sem depan. kitorang tak jumpa lagi. ada yang pergi Praktikal dan sebagainya. memang sedih. dorang hantar sampai bilik. sempat snap lagi kat bilik. semua bersedih. :(

sampai sekarang ni, aku rindu sangat dengan dorangg. bila lagi agaknya kita nak jumpa kan. btw, kalau ada reunion, apa salahnya bazirkan duit untuk beli tiket segala kan. kita jumpa nanti ek. 

ILOVEYOU IMISSYOU ALL!

wahh, panjang sangat kot entry aku kali nih. yeahhh!~ btw, ni untuk korang semua.


Photobucket
www.tips-fb.com

No comments: